Wednesday, September 9, 2009

OT MALAYSIA : Stay Young ...

1. Tanggal 090909 adalah berakhirnya tempoh permulaan kepada kepimpinan baru OT Malaysia dan bermula era implementasi kepada perancangan yang dibuat. Sekiranyanya dibuang ‘0’ kepada tanggal tersebut, jadilah ia satu nombor kecemasan 999 yang didail apabila ada keadaan kritikal. Apakah organisasi ini menghadapi tahap kritikal?

2. Sempena tamat hari ke 100 ini, saya ingin mangambil kesempatan dengan menggunakan daya umpil yang ada untuk membuang sikap levity yang membataskan perkembangan minda demi kemajuan profession yang ujud dikalangan pengamal profesion ini. Satu penganalisaan dan kritikan adalah perlu demi kemajuan dan sustainability profession. Ini kerana 100 hari pertama adalah ukuran kepada permulaan dan forward planning bagi peneraju sesebuah organisasi.

3. Agak menarik untuk dibahaskan mengenai penerima kritik dan pengkritik. Masyarakat yang dibesarkan dengan suapan ilmu akan menghadapi laluan sukar apabila dunia berubah dari zaman teknologi kepada zaman ilmu yang mengutamakan modal insan (human capital). Mereka yang dibesarkan dengan cara ini tidak biasa mengkritik akan mudah menyinggung dan terus menjadikan situasi bertambah teruk. Dalam masa yang sama juga amat sukar bagi individu yang tidak pernah dikritik untuk tidak menjadi terlalu sensitive kerana treshold sudah menjadi terlalu rendah akibat berada dalam situasi yang inertia terlalu lama.

4. Banyak pemimpin tidak dapat bertahan apabila cuba menyentuh tahap equilibrium individu maupun organisasi yang dipimpin menyebabkan ada sebilangan pemimpin dan individu tertentu yang menyedari hal ini dan terus menggunakan kedudukan dan peluang bagi mencapai tujuan jangka pendek dengan memberi fokus kepada kepentingan diri sendiri.

5. Hakikatnya OT MALAYSIA menjurus ke arah mana. Sedikit penganalisaan boleh memberi gambaran sesebuah organisasi itu berada di mana? Perkara yang perlu dilaksanakan adalah menjadikan transisi peralihan sebagai tempoh memahami visi dan misi yang telah digaris dalam konstitusi dan juga halatuju semasa.

6. Ahli-ahli masih tertunggu pendekatan yang digunakan – kehangatan AGM mula luntur apabila organisasi semasa menamakan program manager tetapi masih tidak diumumkan akan term of reference akan portfolio tersebut. Kalau dalam kerajaan ada menteri baru yang dilantik hanya untuk menjaga KPI, bagi OT Malaysia sudah cukup usul yang dibahaskan mengenai blog untuk setiap Program Manager yang sehingga kini tidak kelihatan. Di sinilah avenue bagi ahli yang berminat untuk mendalami banyak perkara.

7. Apakah semua perkara perlu diajukan kepada presiden yang juga kelihatan berpaut di dahan yang rapuh. Program Managers! seharusnya memainkan peranan yang penting dan memulakan aktiviti di bawah portfolio masing-masing.

8. Analisa yang boleh dibuat bahawa permulaan 100 hari memerlukan pengamatan yang intensif kerana akan menjadi luarbiasa sekiranya permulaan ini tidak ditamatkan dengan operasi objektif. Komuniti memerlukan pembaharuan yang boleh digembur, ditokok tambah dan digarnish. Perjalanan sudah pun bermula tetapi kita masih lagi terdiri, apakah kita ingin mencari destinasi? Apakah tindakan kita sesuai untuk sebuah organisasi yang berusia 33 tahun dan berada di dalam negara yang bergerak ke arah kemajuan?

9. Cadangan saya supaya eksekutif yang diberi mandate dalam AGM membuat tafsiran diri akan kontribusi dalam masa permulaan ini. Adalah mustahil untuk meneruskan sekiranya sudah slack dan stumble di perigkat awal lagi. It is for you to ‘think about thinking’ and for the members to create climate for triumph.

Monday, June 1, 2009

OT: Forever Young

1. Saya akhiri kata-kata saya dengan, ” …Hari ini adalah merupakan tarikh bermakna untuk kita semua sama-sama bermesyuarat sempena Mesyuarat Agong persatuan kali ke 33 dan sama-sama memilih peneraju yang akan menentukan visi dan misi ini diteruskan..”.
2. Agak menghairankan kerana pemilihan Presiden tidak dibuat bersandarkan kepada sesuatu yang jelas. Kempen elected to impact tidak diambil bahagian secara aktif oleh semua ahli. Notis dan nomination form juga tidak diguna pakai.
3. Ramai yang hadir dalam AGM ke 33 ini termasuk otai-otai yang berpengaruh tetapi mesyuarat tidak mencalunkan mereka malah menamakan tiga individu yang tidak aktif dalam persatuan. Anih sekali apabila salah seorang daripada mereka yang telah memberi kenyataan bahawa beliau tidak memberi kontribusi kepada persatuan sepanjang penggal yang lepas, mendapat pencalunan pertama. Ia disambut dengan satu kegairahan soalah-olah lantikan presiden ini adalah sesuatu yang tidak serius dan kelakar. Kalau ini caranya, profesion ini memang patut berada ditahap semasa dan amat sukar untuk diangkat kepada satu tahap yang lain.

4. Agak memeranjatkan juga apabila kedengaran sesuatu yang sukar dipercayai bahawa itu adalah merupakan ucapan sulong presiden. Ucapan ini diulangi dengan sesuatu yang lebih menarik dalam emel pertama yang bertajuk "Warkah untuk OT MALAYSIA".

5. Harapan bahawa semua ini bersifat sementara dan kekuatan dapat di gagaskan bersama dengan PgM yang ada. Walaubagaimana pun sesuatu yang baik telah dipersetuju oleh mesyuarat supaya KPI eksekutif ini di pantau oleh ahli-ahli melalui blog-blog khas presiden dan Program Managers. Kemunculan blog-blog ini amat dinanti untuk mengetahui apakah program-program yang disediakan untuk profesion dan juga kemajuan ahli-ahli.

We are not forever young…

Saturday, May 30, 2009

The Young Hope

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli persatuan yang telah memberi kerjasama membantu dalam meneruskan agenda penggal 2007-2009. Banyak cabaran yang dihadapi bagi penggal ini yang turut menjejaskan prestasi persatuan untuk beroperasi secara optimum. Namun kita menghadapi cabaran tersebut secara cekal dengan melaksanakan kerja kerja mengikut portfolio-portfolio yang di maktubkan di samping menjayakan rancangan tranformasi persatuan.
Kita merasa bangga kerana Program International Relation, dapat membuat kertas kerja yang menjayakan ahli persatuan kita Professor Madya Nathan Vytialingam mendapat anugerah Merit Award dari World Federation of Occupational Therapists (WFOT). Ini adalah anugerah besar kepada profesion OT di Malaysia.
Portfolio Education & Research telah berjaya membuat semakan kurrikulum Universiti Teknologi Mara dan berjaya mendapat pengiktirafan WFOT sebagai memenuhi keperluan minima program OT sedunia. Ini adalah merupakan program pertama yang dinilai oleh persatuan kita setelah diberi kuasa oleh WFOT untuk membuat pengiktirafan program-program OT di Malaysia.
Program Standard & Quality pula telah membuat semakan pertama kepada code of ethics and professional conduct setelah 14 tahun digunakan bermula tahun 1995. Eksekutif telah memberi pengiktrafan kepada semakan itu untuk diguna pakai oleh OT seluruh Malaysia.
Sebagai memenuhi keperluan semasa, persatuan telah menumpukan hampir semua komunikasi menggunakan kaedah eletronik - laman web, email dan blog disamping yang lebih terkini seperti Facebook dan Fring. Terima kasih kepada Program Information & Communication Technology yang memastikan kaedah ini terlaksana.
Persatuan telah memulakan satu dimensi baru dengan berubah dari berfungsi sebagai ala kesatuan kepada fungsi persatuan professional yang sebenar. Sudah lebih 30 tahun persatuan berjuang untuk menambah baik status ahli sehinggakan kita terlupa kepada yang lebih penting berhubung dengan status profesion. Ini adalah agenda sebenar pengujudan persatuan yang perlu disedari dan difahami oleh semua supaya perubahan halatuju ini dapat disertai oleh semua OT di Malaysia.
Masa tidak dioptimumkan sepenuhnya dan banyak tertumpu kepada memperjuangkan faedah ahli dengan memberi penumpuan kepada penyediaan justifikasi (kenaikan gaji, elaun, faedah cuti dsb). Buat masa ini ia sangat bersifat ke arah faedah untuk angggota kerajaan khususnya KKM dan dapat dinikmati oleh segelintir individu sahaja. Hakikat sebenar perkhidmatan ini memerlukan penganalisa ekstensif dari segi pemberian dan piawai perkhidmatan tanpa membatasi kepada mana-mana institusi.. Hasil yang kita lihat adalah amat sedikit dan profosion perlahan-lahan terjurus kepada perkhidmatan separa profesional dan menjadi seiring dengan profession paramedik yang dahulunya amat jauh berbeza dari segi gred perkhidmatan maupun kelayakan minima.
Dari segi sejarahnya, Perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini diujudkan dikedudukan selesa dan waktu itu hanya memerlukan sedikit push untuk terus berada di landasan profesion yang sebenar. Tetapi ia gagal dipertahankan kedudukan tersebut kerana tiada kekuatan dan tidak punya persatuan yang kuat. Ia hanya bergantung kepada beberapa individu dengan menggunakan masa dan kewangan sendiri untuk berjuang. Dan pada hari ini kita masih sedemikian walaupun setelah ujud lebih 30 tahun.
Walau bagaimanapun, kita masih bernasib baik tidak diletakkan di bawah skim bersepadu kerana skim ini dianggap skim kelas kedua di dalam kumpulan professional. Persatuan tidak mahu profesion ini berada di tahap tersebut dan sebab itu persatuan bersungguh mempertahankan pendirian tersebut walaupun di kritik hebat oleh ramai OT. Hakikatnya kepentingan profesion didahulukan walaupun ia mungkin menidakkan kepentingan ahli. Persatuan memerlukan kekuatan yang berganda untuk memastikan hak profesion kita terpelihara dan tidak digugat oleh individu yang berkepentingan peribadi.
Cabaran masa hadapan adalah untuk menentukan fokus ini diteruskan dan bukan lagi tertumpu kepada justifikasi di atas kertas untuk melayakkan kita mendapat sesuatu. Sekiranya kita boleh melaksanakan kerja, setanding dengan perkhidmatan kumpulan professional (pengamal perubatan, pengamal undang-undang, pegamal pergigian, jurutera, farmasi) yang lain, segala faedah dan kebajikan kita akan datang sendiri tanpa bersusah membuat justifikasi. Ini adalah halatuju yang persatuan kini telah bawa – ia adalah perjalanan dan perjalanan ini telah pun bermula.
Saya ingin memetik kata-kata dari Albert Einstein “… any intelligent fool can make things bigger, more complex and more violent. It takes a genius and a lot of courage to move in the opposite direction” . Kata-kata ini sangat bermakna bukan menyuruh kita menongkah arus tetapi mengajak kita berfikir bahawa tidak mudah untuk membuat sesuatu perubahan kerana kesedaran untuk berubah ini amat sedikit berbanding dengan mereka yang telah selesa dengan keadaan semasa.
Hari ini adalah merupakan tarikh bermakna untuk kita semua sama-sama bermesyuarat sempena Mesyuarat Agong persatuan kali ke 33 dan sama-sama memilih peneraju yang akan menentukan visi dan misi ini diteruskan.
*Persatuan kini dengan resmi di tukar nama kepada – Persatuan Terapi Carakerja Malaysia (Malaysian Occupational Therapy Association) yang di singkatkan kepada OT MALAYSIA. Dengan nama ini semua mereka yang berminat dengan perkhidmatan occupational therapy boleh menyumbang dengan selesa.
Making Doing Possible
MOHD HANAFIAH MOHAMAD
Presiden
30 May 2009

Tuesday, April 28, 2009

The Young Notice

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ahli-ahli MOTA yang dikasihi,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui MOTA pada dua penggal yang lepas bermula dari 25 May 2005 hingga ke 30 May 2009. Seperti yang kita maklum penggal kedua bagi presiden dan eksekutif akan berakhir pada AGM yang ke 33 yang akan di adakan pada 30 May 2009 @ 4.30pm di Hospital Sg Buloh Selangor.

Agenda penting dalam mesyuarat agong kali ini adalah menentukan barisan eksekutif yang baru untuk menerajui persatuan bagi penggal 2009 – 2011. Maka pemilihan kepada calun-calun yang berwibawa dan mampu mengorbankan masa dan tenaga untuk persatuan adalah menjadi cirri-ciri utama. Kesenimbungan untuk meneruskan aktiviti yang dirancang oleh persatuan juga menjadi faktor penting dalam menjadikan persatuan kita berdaya saing.

Peruntukan perlembagaan sudah pun diluluskan secara lisan (menunggu surat resmi dari ROS) untuk menghadkan jawatan presiden menyandang jawatan selama dua penggal dan boleh dilantik semula untuk satu penggal tambahan. Walaupun masih layak untuk mempertahankan jawatan sebagai presiden tetapi saya membuat keputusan dan ingin mengumumkan bahawa saya TIDAK akan mempertahankan jawatan presiden dalam mesyuarat agong kali ke 33 ini. Saya perpandangan bahawa dua penggal sudah cukup bagi saya meneraju persatuan ini dan sudah sampai masa ia diterajui oleh kepimpinan baru.

Seperti amalan kebiasaan persatuan, presiden akan menamakan siapa pengganti beliau, tetapi di dalam MOTA saya meletakkan keputusan ini kepada keputusan undian semasa AGM nanti. Calun-calun yang ingin bertanding presiden boleh menyuarakan hasrat mereka dan boleh membuat kenyataan dan manisfesto dalam siri ‘Elected To Impact’ yang akan kita lancarkan dalam Yahoo Group dan juga melalui website kita.

Perubahan kepimpinan dalam kerajaan juga kini banyak mengarahkan kepada penekanan dalam ‘Key Performance Indicators’ (KPI) dan penanda aras yang di perlu dilandaskan. Kita juga perlu turut serta dalam mencapai hasrat kerajaan ini. Masa untuk kita berubah dari memendam rasa dan menunggu perubahan berlaku kepada bersuara secara berhemah untuk membuat perubahan. Tentukan kehendak kita, rancang apa yang perlu dilaksana, dan jalankan. Dengan izin Yang Berkuasa kita akan Berjaya.

Ahli-ahli yang berpengalaman, ahli-ahli yang ada kedudukan, dan ahli-ahli yang berkarisma diminta tampil kehadapan untuk meneraju profession kita – Occupational Therapy. Sokongan padu dari semua ahli adalah kunci kepada semua.

Sekian.Hanafiah Mohamad
Presiden

P/S - Dengan ini kempen 'Elected To Impact' juga dilancarkan dari 24 April - 25 May 2009.

Sunday, February 1, 2009

The Young Program

1. So far there are already four (or five) institutions run Occupational Therapy Program in Malaysia. The programs are ranging from one to twenty five years old and they are continued to emerge in many other new institution. Some institutions are happy to run its program to feed the local need, while some are interested to go global.

2. The interesting part about ‘go global’, it will create many opportunities for the graduate to work all over the world and for the institution to gain an extra milestone. Whether it is for the graduate or for the institution, works need to be done. It is not easy to get world recognition. Program need to be established, standard must be adhered, excellent paper need to be submitted.

3. I don’t know how people think? Some people believe in ‘know-who’ enough to get thing done but the other believe in ‘fundamental’. You will see people will allocate budget to travel and meet people but to hire consultant to assist in preparing paper is not a priority or not in the agenda at all. Like it or not there are people who can talk and get thing done or escape from doing. At the end of the day, someone need to shoulder the blame!

4. Some people like to discuss and seek assistance from ‘strangers’ to get work done. I do not know for what reasons. Do the local peers are not competent to do work? Or local people cannot keep their mouth shut when they see something funny.

5. Some people like to do reminiscence to nostalgia the success story in the past to balance the setbacks that they encounter in the present. It helps in some areas but not in many.

Tuesday, January 20, 2009

The (Young) President

Saya ingin menyingkap ke tahun 2005 (2005/4/16) melalui email yang ditulis...

Salam Sejahtera,

Terima kasih Faizal kerana menyenaraikan nama saya antara mereka yang yang bakal dipilih... walaubagaimanapun ia bukanlah satu ketetapan..dan terdapat banyak lagi mereka2 yang berketerampilan tidak disenaraikan....

Bagi saya calun presiden MOTA perlulah dari kalangan mereka yang berwawasan dan mempunyai kedudukan penting dalam kerjaya. Calon seharusnya mempunyai keupayaan untuk 'negotiate' di semua peringkat dan disukai oleh majoriti terapis yang berwawasan.

Dalam dunia sekarang, saya berpendapat 'purchasing power' juga menjadi titik tolak kejayaan dalam menggerakkan persatuan yang kewangannya kurang mantap. Sokongan dari vendor juga penting yang mana jelas mereka2 ini memberi ruang yang lebih kepada mereka yang ada kedudukan.

Walaubagaimana pun kejayaan bukan hanya terletak pada presidennya sahaja tetapi lebih kepada gandingan kesemua eksekutifnya. Semestinya peneraju perlu memiliki sesuatu yang lebih...

Saya memberi vote saya kepada En Zulkifli atas sebab sebab berikut..
1. Asas OTnya dilatih dalam negeri, walaupun beliau telah menyambung pelajaran di UK dan Australia, atas dasar ini beliau lebih memahami kehendak locally trained therapists.
2. Satu-satunya OT yang memiliki Master in OT dengan kecemerlangan untuk semua subjek. ( you can check with him)
3. Mempunyai kedudukan di IPT. lecturer gred 45
4. Adjunct Lecturer for Curtin University Australia.
5. Muda dan berwawasan

Ini hanya pendapat saya yang mengenalinya sejak 17 tahun yang lalu..

2005/4/22 Hanafiah

Dear all,

Let me briefly tell about the MOTA. It was officially formed on 20 March 1969 then deregistered on 5 March 1973. Reason - inactive and not submitting report to RoS. Re Registered on 23 Sept 1975 - that was why we counted 29th taking into account the 1st AGM was held in 1977.

Members in 1975, 50 OTs , all overseas trained... but somehow see other country better than Malaysia. Quite a number left for greener pasture....So OT shrink and shrink everyday till left with people that you see now!

In 1990 there are total of 73 OTs in Malaysia, only 35 register and active, In 1991 membership shrink to 16, while there were 88 OTs around. In 1994 we had 105 members out of 137 OTs around -- not bad 80% Famous issue that time was " What the MOTA can contribute to us"..... well! The answer was " What you yourself can contribute to MOTA".... It was difficult, when members and Executive were into this conflict!!

Again after 20 years..... This issue emerges again..I belief we have yet a lot to improve.. It was good you raised again Fazillah,, I agree with all comments we need to do more to for all... I also see
the trend of OT to become 'capitalised mind' (just got the term from talk this morning)What does it mean? Study... pass the exam.. become OT.. get paid... that it!!! Very few think of the future of the
profession, humanitarian etc. We need to stop this trend...

We need a good combination to form the MOTA Executives! Not that MOTA cannot provide all that... We need a GOOD TEAM! and 'think-out-of-box members'.

During 29th AGM (25/05/05 in Kota Baharu I won the president election and voted as President for Malaysia OT Association for the 2005 – 2007 term.
and for the 2007 - 2009 term later.

What's NEXT?

Wednesday, January 14, 2009

The Young Scholar..

The Young Scholar..

Saya mengucapkan tahniah dan selamat menjalani proses menimba ilmu, mempelajari skil dan memperbaharui persepsi kepada pelajar yang baru mendaftar dalam apa juga program. Kepada yang sediada, teruskan segala usaha untuk menjadikan anda individu yang berkualiti yang sentiasa ke hadapan dalam apa juga situasi.

Dalam dunia yang baru, berani, dan eletronik, setiap individu pasti menghadapi situasi dan keperluan yang tinggi untuk mempelajari skil yang baru. Sebagai pelajar, kita tidak dapat membayangkan apakah situasi sebenar alam pekerjaan nanti, kemanisan serta cabaran-cabarannya. Peluang yang diberikan kepada kita dalam masa beberapa tahun ini seharusnya digunakan sepenuhnya untuk menyempurnakan diri dengan ilmu dan softskill yang akan digunakan untuk menghadapi alam pekerjaan nanti.

Tiada manusia yang sempurna…. bukan anda dan bukan juga rakan anda. Apabila kita telah hilang ‘kekebalan’ sebagai pelajar dan mula memasuki alam pekerjaan, kita tahu bahawa alam belajar adalah sesuatu yang sukar diganti. Oleh itu, saya menyarankan agar pelajar-pelajar semua memulakan proses ‘think about thinking’ iaitu memikir apa yang anda telah anda fikirkan dan jadikan ia sebagai asas dalam alam pembelajaran ini. Boleh jadi anda membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi anda, dan boleh jadi (pula) anda menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi anda.

Kegagalan dalam ‘creating the right climate’ menjadi cabaran di mana-mana baik dalam alam belajar maupun di alam pekerjaan. Cabaran yang hebat apabila talian komunikasi anda tidak dibuka, mengasingkan diri dan tidak meluahkan pendirian, serta mula mengharapkan orang lain memahami keperluan anda. Perkara ini sudah tentu akan menjadi sukar kerana tiada siapa boleh membaca minda individu lain.

Kemajuan individu dan profession adalah terletak sejauh mana perkongsian ilmu dapat dipraktikkan dan diterapkan ke dalam profession tersebut. Kemudahan yang ada pada masa kini seperti internet dan transmissi satellite, proses pembelajaran serta pengajaran mengalami satu dimensi baru. Semua ini memerlukan kepada kesedaran mengenai teknologi yang ada untuk digunakan bagi membantu kita mencapai hasrat dengan lebih efektif.

Sebagai pelajar, perubahan untuk menghadapi zaman yang volatile adalah sangat perlu. Sumbangan anda untuk menjawab kenyataan bahawa pelajar tidak cenderung untuk membaca, malah sindrom ‘cut & paste’ menjadi semakin berluasa perlu di tangani segera. Teknologi yang ada tidak dieksploitasi sepenuhnya untuk dijadikan sebagai pemudahcara belajar tetapi lebih kepada kegunaan untuk hiburan dan aktivi yang kurang berfaedah.

Ringkasnya, rebutlah peluang yang ada untuk memantapkan diri sebelum datang cabaran yang menentukan samada kita adalah pemandu, penumpang atau beban kepada organisasi yang sedang meningkat maju....

Prepare - Practice - Perform

Tuesday, January 13, 2009

The Young Profession

The Young Profession

Occupational Therapy is a unique profession. I consider it as a young and developing profession not only in MAlaysia but in many other countries around the world. It is not well recognised by Malaysian due to its initial existence in inappropriate group of profession. It adopts a very good philosophy as it touches about human lifestyle and day to day activities.
We believe occupation is something more than a job that we are getting paid for. It is a chunk of daily activity that can be named in the lexicon of the culture.... fishing, cycling, dining are all occupation. If we understand more about occupation... we can say (Zemke & Clark) " People are shaped by what they have done, by their daily patterns of occupation. " Should disease or disability strike, individuals will be able to reconstruct meaningful lives. How? Drawing on treadss of the past to create a sense of continuity in the new situation....
It is difficult to understand unless we become patients.... where the struggling starts in 'getting a life'.

Thursday, September 4, 2008

A Guide For The Young

Terima kasih kerana memberi ruang kepada Persatuan Terapi Carakerja Malaysia (OT Malaysia) untuk berkongsi pandangan dalam Bulletin DOTS KSKB. OT Malaysia adalah badan yang di tubuhkan untuk merencanakan profession OT di Malaysia dan juga menghubungkan kepada dunia luar. Organisasi ini juga mempunyai program-program yang disusun bagi memenuhi objektif dan keperluan penubuhan.

Kepada yang baru memulakan pengajian di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ini, saya mengucapkan tahniah dan selamat menjalani proses menimba ilmu, mempelajari skil dan memperbaharui persepsi untuk tiga tahun akan datang. Kepada yang sediada, teruskan segala usaha untuk menjadikan anda individu yang berkualiti yang sentiasa ke hadapan dalam apa juga situasi.

Dalam dunia yang baru, berani, dan eletronik, setiap individu pasti menghadapi situasi dan keperluan yang tinggi untuk mempelajari skil yang baru. Sebagai pelajar, kita tidak dapat membayangkan apakah situasi sebenar alam pekerjaan nanti, kemanisan serta cabaran-cabarannya. Peluang yang diberikan kepada kita dalam masa tiga tahun ini seharusnya digunakan sepenuhnya untuk menyempurnakan diri dengan ilmu dan softskill yang akan digunakan untuk menghadapi alam pekerjaan nanti.

Tiada manusia yang sempurna…. bukan anda dan bukan juga rakan anda. Apabila kita telah hilang 'kekebalan' sebagai pelajar dan mula memasuki alam pekerjaan, kita tahu bahawa alam belajar adalah sesuatu yang sukar diganti. Oleh itu, saya menyarankan agar pelajar-pelajar semua memulakan proses 'think about thinking' iaitu memikir apa yang anda telah anda fikirkan dan jadikan ia sebagai asas dalam alam pembelajaran ini. Boleh jadi anda membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi anda, dan boleh jadi (pula) anda menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi anda.

Kegagalan dalam 'creating the right climate' menjadi cabaran di mana-mana baik dalam alam belajar maupun di alam pekerjaan. Cabaran yang hebat apabila talian komunikasi anda tidak dibuka, mengasingkan diri dan tidak meluahkan pendirian, serta mula mengharapkan orang lain memahami keperluan anda. Perkara ini sudah tentu akan menjadi sukar kerana tiada siapa boleh membaca minda individu lain.

Kemajuan individu dan profession adalah terletak sejauh mana perkongsian ilmu dapat dipraktikkan dan diterapkan ke dalam profession tersebut. Kemudahan yang ada pada masa kini seperti internet dan transmissi satellite, proses pembelajaran serta pengajaran mengalami satu dimensi baru. Semua ini memerlukan kepada kesedaran mengenai teknologi yang ada untuk digunakan bagi membantu kita mencapai hasrat dengan lebih efektif.

Sebagai pelajar, perubahan untuk menghadapi zaman yang volatile adalah sangat perlu. Sumbangan anda untuk menjawab kenyataan bahawa pelajar tidak cenderung untuk membaca, malah sindrom 'cut & paste' menjadi semakin berluasa perlu di tangani segera. Teknologi yang ada tidak dieksploitasi sepenuhnya untuk dijadikan sebagai pemudahcara belajar tetapi lebih kepada kegunaan untuk hiburan dan aktivi yang kurang berfaedah.

Ringkasnya, rebutlah peluang yang ada untuk memantapkan diri sebelum datang cabaran yang menentukan samada kita adalah pemandu, penumpang atau beban kepada organisasi yang sedang meningkat maju, Occupational Therapy.

Sekian. Terima kasih.

Making Doing Possible

MOHD HANAFIAH MOHAMAD
Presiden

Monday, March 10, 2008

Not Young Anymore

Agak sepi portal kita sejak kebelakangan ini. Ada banyak kemungkinan yang boleh diterjemahkan dari kesunyian ini. Jawapan-jawapan perlu di cari oleh pihak yang memimpin agar ia dapat di terjemahkan untuk kepentingan profession.

Saya telah meletakkan minat terhadap profession ini sejak mula mendaftar sebagai penjawat pada 1992 dan terus berkecimpung dengan persatuan dari tarikh itu sehingga sekarang tanpa ada remissionnya. Dalam tempoh tersebut banyak pengalaman yang ditimba dari segi susun atur dan percaturan profession yang amat berguna bagi mendewasakan diri untuk menghadapi cabaran dunia hadapan yang begitu volatile.

Pengalaman ini memberi saya keyakinan bahawa pengetahuan, skil dan sikap yang dibentuk dalam profession ini boleh membantu dalam penerokaan bidang ilmu yang tidak terbatas kepada pengurusan dan perawatan pesakit sahaja. Peluang-peluang untuk mendilusikan profession oleh penjawat-penjawat OT mungkin akan membawa satu kesan yang tidak selesa untuk profession jika ia tidak di awasi secara sistematik. Profession akan berkembang luas tetapi akan ketandusan asas yang kukuh dari segi praktisnya kerana ia mungkin didominasi oleh mereka yang lahir dari kaedah ini.

Banyak program-program yang dilaksanakan oleh kita setakat ini kurang efektif dan tidak nampak halatujunya. Untuk menjadikan ianya relevant dan memberi impak yang diinginkan, segala program perlulah berasaskan pengetahuan dan seharusnya dilaksanakan oleh mereka yang layak. Persoalannya siapakah yang layak di kalangan kita dari kacamata pembuat polisi? Pendapat menyatakan, profession kekurangan scholar yang begitu diperlukan untuk memantapkan kehadirannya dalam sistem pengurusan kesihatan di Malaysia. Selagi jurang ini tidak dipenuhi segala aktiviti yang dilaksana adalah sentiasa dianggap supplementary kepada sistem yang sedia ada. Ujud, adalah bonus; tiada, pun tak menjejaskan sistem delivery nya.

Kalau dilihat dari segi pencapaian beberapa figure dalam profession ini, dan juga keupayaan kita dalam melaksana sesuatu program, ia memberi satu tanggapan yang berbeza dari apa yang diperkatakan di atas. Senario-senario begini mengundang pemikir untuk merumuskan satu resolusi kecil bahawa profession ini ada ahlinya tetapi kenapa kekuatan ini tidak dapat dimaksimakan.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasikan 'demam' analisis pilihanraya PRU12. Situasi ini perlu dilihat bagaimana kesan analisisnya boleh memberi kebaikan kepada profession dari segi strategi dan kepimpinan. Kesedaran ini adalah perlu untuk kita terus kekal relevant. Saya melihat bahawa pendokong profession ini kurang 'bersinar' baik dari pihak akademiknya mahupun pihak klinikalnya. Institusi latihan telah ujud lebih 24 tahun diperingkat kolej dan 14 tahun diperingkat universiti. Kita masih struggle dan samar arah tujunya. Kita masih tidak menjadi key stakeholders kepada profession untuk membolehkan kita menentukan destinasi. Ia! Memang banyak halangan dan cabaran tetapi setakat mana usaha kita?

Apa yang ingin diperkatakan di sini bahawa kita memerlukan perubahan. Profession kita perlu berubah. Nama persatuan perlu diubah untuk menjamin ia cater kepada keperluan semasa. Pemimpin perlu melatih pelapisnya agar kepentingan profession terjamin. Perubahan dari segi cara berfikir agar kita sentiasa fokus dan peka kepada situasi semasa. Kita memerlukan kesungguhan dalam melaksanakan Occupational Performance kita. Maklumat rambang menjelaskan bahawa OT di Malaysia kurang dan hampir tidak tahu menjelaskan apa yang mereka lakukan dan pengetahuan dari segi falsafah untuk diterjemahkan kepada praktis adalah amat kurang sekali. Barangkali ini adalah senario yang melanda profession yang lain juga!

So OTs please come forward and present your arguments. Saya perlukan pengganti.

Salam dan terima kasih.