Saturday, May 30, 2009

The Young Hope

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera,

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada ahli persatuan yang telah memberi kerjasama membantu dalam meneruskan agenda penggal 2007-2009. Banyak cabaran yang dihadapi bagi penggal ini yang turut menjejaskan prestasi persatuan untuk beroperasi secara optimum. Namun kita menghadapi cabaran tersebut secara cekal dengan melaksanakan kerja kerja mengikut portfolio-portfolio yang di maktubkan di samping menjayakan rancangan tranformasi persatuan.
Kita merasa bangga kerana Program International Relation, dapat membuat kertas kerja yang menjayakan ahli persatuan kita Professor Madya Nathan Vytialingam mendapat anugerah Merit Award dari World Federation of Occupational Therapists (WFOT). Ini adalah anugerah besar kepada profesion OT di Malaysia.
Portfolio Education & Research telah berjaya membuat semakan kurrikulum Universiti Teknologi Mara dan berjaya mendapat pengiktirafan WFOT sebagai memenuhi keperluan minima program OT sedunia. Ini adalah merupakan program pertama yang dinilai oleh persatuan kita setelah diberi kuasa oleh WFOT untuk membuat pengiktirafan program-program OT di Malaysia.
Program Standard & Quality pula telah membuat semakan pertama kepada code of ethics and professional conduct setelah 14 tahun digunakan bermula tahun 1995. Eksekutif telah memberi pengiktrafan kepada semakan itu untuk diguna pakai oleh OT seluruh Malaysia.
Sebagai memenuhi keperluan semasa, persatuan telah menumpukan hampir semua komunikasi menggunakan kaedah eletronik - laman web, email dan blog disamping yang lebih terkini seperti Facebook dan Fring. Terima kasih kepada Program Information & Communication Technology yang memastikan kaedah ini terlaksana.
Persatuan telah memulakan satu dimensi baru dengan berubah dari berfungsi sebagai ala kesatuan kepada fungsi persatuan professional yang sebenar. Sudah lebih 30 tahun persatuan berjuang untuk menambah baik status ahli sehinggakan kita terlupa kepada yang lebih penting berhubung dengan status profesion. Ini adalah agenda sebenar pengujudan persatuan yang perlu disedari dan difahami oleh semua supaya perubahan halatuju ini dapat disertai oleh semua OT di Malaysia.
Masa tidak dioptimumkan sepenuhnya dan banyak tertumpu kepada memperjuangkan faedah ahli dengan memberi penumpuan kepada penyediaan justifikasi (kenaikan gaji, elaun, faedah cuti dsb). Buat masa ini ia sangat bersifat ke arah faedah untuk angggota kerajaan khususnya KKM dan dapat dinikmati oleh segelintir individu sahaja. Hakikat sebenar perkhidmatan ini memerlukan penganalisa ekstensif dari segi pemberian dan piawai perkhidmatan tanpa membatasi kepada mana-mana institusi.. Hasil yang kita lihat adalah amat sedikit dan profosion perlahan-lahan terjurus kepada perkhidmatan separa profesional dan menjadi seiring dengan profession paramedik yang dahulunya amat jauh berbeza dari segi gred perkhidmatan maupun kelayakan minima.
Dari segi sejarahnya, Perkhidmatan Pemulihan Carakerja ini diujudkan dikedudukan selesa dan waktu itu hanya memerlukan sedikit push untuk terus berada di landasan profesion yang sebenar. Tetapi ia gagal dipertahankan kedudukan tersebut kerana tiada kekuatan dan tidak punya persatuan yang kuat. Ia hanya bergantung kepada beberapa individu dengan menggunakan masa dan kewangan sendiri untuk berjuang. Dan pada hari ini kita masih sedemikian walaupun setelah ujud lebih 30 tahun.
Walau bagaimanapun, kita masih bernasib baik tidak diletakkan di bawah skim bersepadu kerana skim ini dianggap skim kelas kedua di dalam kumpulan professional. Persatuan tidak mahu profesion ini berada di tahap tersebut dan sebab itu persatuan bersungguh mempertahankan pendirian tersebut walaupun di kritik hebat oleh ramai OT. Hakikatnya kepentingan profesion didahulukan walaupun ia mungkin menidakkan kepentingan ahli. Persatuan memerlukan kekuatan yang berganda untuk memastikan hak profesion kita terpelihara dan tidak digugat oleh individu yang berkepentingan peribadi.
Cabaran masa hadapan adalah untuk menentukan fokus ini diteruskan dan bukan lagi tertumpu kepada justifikasi di atas kertas untuk melayakkan kita mendapat sesuatu. Sekiranya kita boleh melaksanakan kerja, setanding dengan perkhidmatan kumpulan professional (pengamal perubatan, pengamal undang-undang, pegamal pergigian, jurutera, farmasi) yang lain, segala faedah dan kebajikan kita akan datang sendiri tanpa bersusah membuat justifikasi. Ini adalah halatuju yang persatuan kini telah bawa – ia adalah perjalanan dan perjalanan ini telah pun bermula.
Saya ingin memetik kata-kata dari Albert Einstein “… any intelligent fool can make things bigger, more complex and more violent. It takes a genius and a lot of courage to move in the opposite direction” . Kata-kata ini sangat bermakna bukan menyuruh kita menongkah arus tetapi mengajak kita berfikir bahawa tidak mudah untuk membuat sesuatu perubahan kerana kesedaran untuk berubah ini amat sedikit berbanding dengan mereka yang telah selesa dengan keadaan semasa.
Hari ini adalah merupakan tarikh bermakna untuk kita semua sama-sama bermesyuarat sempena Mesyuarat Agong persatuan kali ke 33 dan sama-sama memilih peneraju yang akan menentukan visi dan misi ini diteruskan.
*Persatuan kini dengan resmi di tukar nama kepada – Persatuan Terapi Carakerja Malaysia (Malaysian Occupational Therapy Association) yang di singkatkan kepada OT MALAYSIA. Dengan nama ini semua mereka yang berminat dengan perkhidmatan occupational therapy boleh menyumbang dengan selesa.
Making Doing Possible
MOHD HANAFIAH MOHAMAD
Presiden
30 May 2009