Friday, March 23, 2007

The Young Explanation

Ada sedikit pembetulan dari kenyataan Saudara Zul, "MOTA telah MENOLAK cadangan KKM utk menggunakan kaedah bersepadu...." KKM tidak membuat cadangan tetapi adalah menjelaskan isu-isu semasa berkaitan dengan sistem bersepadu.

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan OT semua. Perkara ini di bawa kembali kerana untuk menjelaskan kepada semua bahawa Persatuan telah membuat penjelasan kenapa OT tidak memilih skim bersepadu dan memilih untuk ujud dalam sistem two-tier yang berikut:

1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2006: PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN JURUPULIH PERUBATAN - untuk penjawat berkelulusan Diploma yang mana grednya U29, U32, U36, U38 dan U40.
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Jurupulih Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005 di Lampiran D Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 adalah dibatalkan dan digantikan dengan skim perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini. Semua pelantikan mulai 1 Julai 2006 hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baru. Perubahan skim perkhidmatan ini tidak melibatkan penyandang sedia ada.

2. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2003: SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN - untuk penjawat berkelulusan Ijazah yang mana grednya U41, U44 U48, U52 dan U54

Dengan kedua-dua pekeliling ini profession pemulihan carakerja dikatakan berada dalam sistem two-tier, yang digunakan sekarang. Soal untuk kembali membincangkan berkenaan dengan skim bersepadu adalah tidak relevan lagi kerana kerajaan telah membuat keputusan bahawa SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN adalah sebagai skim yang dikongsi oleh Speech, PT and OT.

Untuk kembali kepada skim bersepadu adalah seperti berpatah balik ke belakang. Penilaian rapi telah di buat bahawa profession Speech, OT dan PT adalah berbeza dengan profession JuruXray, Jururawat, PPKP, dan Pembantu Perubatan. Oleh kerana skop kerja yang berbeza, ia melayakkan tiga profession ini bergelar Pegawai.

Sementara profesion yang di letakkan di bawah Skim Bersepadu masih mengekalkan nama jawatan mereka sebagai JuruXray, Jururawat, PPKP dan Pembantu Perubatan walaupun gred mereka di naikkan ke U41 dan ke atas.

Untuk menjelaskan lagi kenapa dari awal kita tidak memilih bersepadu atas dasar berikut:
1. Profesional Status - tiada dalam skim bersepadu kerana nama jawatan masih kekal segagai Juru...
2. Skim PnP adalah skim profesional yang diiktiraf kerana tidak membenarkan kelayakan diploma di lantik secara KPSL. Ini adalah kriteria penting dalam menentukan status sesatu profesion.
3. Skim-skim yang membenarkan KPSL selain dari pemegang ijazah mungkin akan mengalami kesukaran dimasa hadapan bila status profesional di review semula. Hanya skim yang 100% ijazah layak bergelar profesional.
4. Perjalanan masih jauh.... perlu permulaan yang baik. Skim 100% ijazah untuk OT adalah permulaan yang baik.

Jangan mudah terpedaya dengan nikmat yang sedikit yang di offer oleh skim bersepadu. Kerana dengan nikmat yang sedikit itu kita akan mengorbankan status profesional OT buat selama-lamanya.

Ambil iktibar dari Skim Pengajar di KSKB yang menggabungkan semua AHP (Juruxray, jururawat, pembantu perubatan, pembantu farmasi, PPKP) dalam satu rumpun dan membenarkan KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) tanpa ijazah sudah cukup malang bagi profession OT dan juga PT. Adakah kita bertanya kenapa jawatan masih menggunakan nama Pengajar? tak layak ke bergelar Pensyarah? kenapa? Jawapannya kerana OT/ PT bergabung dengan profession lain yang mengamalkan skim bersepadu. Jadi kena ikut mereka lah.... Lebih malang kalau KSKB di upgrade ke Universiti tapi masih memakai nama Pengajar.. Who want to shoulder the blame?

Ada banyak yang pahit untuk diperkatakan tentang profession ini di masa lampau... tapi segalanya menjadi sejarah. Kini KITA MAMPU MENGUBAHNYA.

Nasihat saya, bacalah kedua skim tersebut pasti kita rasa ada jawapannya. Anyway. penjelasan persatuan ini telah pun disampaikan kepada Jawatankuasa Teknikal yang mana badan tersebut secara majoritinya bersetuju dengan penjelasan ini.

Ini penjelasan saya dan juga carilah rakan-rakan kita untuk meneraju profession ini dan pilih lah antara mereka yang ada vision dan mencipta mission untuk mencapai objektif-objektif yang banyak tak tertulis.....