Tuesday, April 28, 2009

The Young Notice

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Ahli-ahli MOTA yang dikasihi,

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang memberi kepercayaan kepada saya untuk menerajui MOTA pada dua penggal yang lepas bermula dari 25 May 2005 hingga ke 30 May 2009. Seperti yang kita maklum penggal kedua bagi presiden dan eksekutif akan berakhir pada AGM yang ke 33 yang akan di adakan pada 30 May 2009 @ 4.30pm di Hospital Sg Buloh Selangor.

Agenda penting dalam mesyuarat agong kali ini adalah menentukan barisan eksekutif yang baru untuk menerajui persatuan bagi penggal 2009 – 2011. Maka pemilihan kepada calun-calun yang berwibawa dan mampu mengorbankan masa dan tenaga untuk persatuan adalah menjadi cirri-ciri utama. Kesenimbungan untuk meneruskan aktiviti yang dirancang oleh persatuan juga menjadi faktor penting dalam menjadikan persatuan kita berdaya saing.

Peruntukan perlembagaan sudah pun diluluskan secara lisan (menunggu surat resmi dari ROS) untuk menghadkan jawatan presiden menyandang jawatan selama dua penggal dan boleh dilantik semula untuk satu penggal tambahan. Walaupun masih layak untuk mempertahankan jawatan sebagai presiden tetapi saya membuat keputusan dan ingin mengumumkan bahawa saya TIDAK akan mempertahankan jawatan presiden dalam mesyuarat agong kali ke 33 ini. Saya perpandangan bahawa dua penggal sudah cukup bagi saya meneraju persatuan ini dan sudah sampai masa ia diterajui oleh kepimpinan baru.

Seperti amalan kebiasaan persatuan, presiden akan menamakan siapa pengganti beliau, tetapi di dalam MOTA saya meletakkan keputusan ini kepada keputusan undian semasa AGM nanti. Calun-calun yang ingin bertanding presiden boleh menyuarakan hasrat mereka dan boleh membuat kenyataan dan manisfesto dalam siri ‘Elected To Impact’ yang akan kita lancarkan dalam Yahoo Group dan juga melalui website kita.

Perubahan kepimpinan dalam kerajaan juga kini banyak mengarahkan kepada penekanan dalam ‘Key Performance Indicators’ (KPI) dan penanda aras yang di perlu dilandaskan. Kita juga perlu turut serta dalam mencapai hasrat kerajaan ini. Masa untuk kita berubah dari memendam rasa dan menunggu perubahan berlaku kepada bersuara secara berhemah untuk membuat perubahan. Tentukan kehendak kita, rancang apa yang perlu dilaksana, dan jalankan. Dengan izin Yang Berkuasa kita akan Berjaya.

Ahli-ahli yang berpengalaman, ahli-ahli yang ada kedudukan, dan ahli-ahli yang berkarisma diminta tampil kehadapan untuk meneraju profession kita – Occupational Therapy. Sokongan padu dari semua ahli adalah kunci kepada semua.

Sekian.Hanafiah Mohamad
Presiden

P/S - Dengan ini kempen 'Elected To Impact' juga dilancarkan dari 24 April - 25 May 2009.