Monday, June 1, 2009

OT: Forever Young

1. Saya akhiri kata-kata saya dengan, ” …Hari ini adalah merupakan tarikh bermakna untuk kita semua sama-sama bermesyuarat sempena Mesyuarat Agong persatuan kali ke 33 dan sama-sama memilih peneraju yang akan menentukan visi dan misi ini diteruskan..”.
2. Agak menghairankan kerana pemilihan Presiden tidak dibuat bersandarkan kepada sesuatu yang jelas. Kempen elected to impact tidak diambil bahagian secara aktif oleh semua ahli. Notis dan nomination form juga tidak diguna pakai.
3. Ramai yang hadir dalam AGM ke 33 ini termasuk otai-otai yang berpengaruh tetapi mesyuarat tidak mencalunkan mereka malah menamakan tiga individu yang tidak aktif dalam persatuan. Anih sekali apabila salah seorang daripada mereka yang telah memberi kenyataan bahawa beliau tidak memberi kontribusi kepada persatuan sepanjang penggal yang lepas, mendapat pencalunan pertama. Ia disambut dengan satu kegairahan soalah-olah lantikan presiden ini adalah sesuatu yang tidak serius dan kelakar. Kalau ini caranya, profesion ini memang patut berada ditahap semasa dan amat sukar untuk diangkat kepada satu tahap yang lain.

4. Agak memeranjatkan juga apabila kedengaran sesuatu yang sukar dipercayai bahawa itu adalah merupakan ucapan sulong presiden. Ucapan ini diulangi dengan sesuatu yang lebih menarik dalam emel pertama yang bertajuk "Warkah untuk OT MALAYSIA".

5. Harapan bahawa semua ini bersifat sementara dan kekuatan dapat di gagaskan bersama dengan PgM yang ada. Walaubagaimana pun sesuatu yang baik telah dipersetuju oleh mesyuarat supaya KPI eksekutif ini di pantau oleh ahli-ahli melalui blog-blog khas presiden dan Program Managers. Kemunculan blog-blog ini amat dinanti untuk mengetahui apakah program-program yang disediakan untuk profesion dan juga kemajuan ahli-ahli.

We are not forever young…

3 comments:

  1. salam mr hanafiah....hmm....hari tu jumpa di hospital sultanah nur zahirah....kuala terengganu...tak sempat nak bersembang dengan en....masa saya n rakan2 yang lain membuat presentation dpn terapis2....yg diperkenal oleh puan iffah...hmm....ingat en akan dtg pada sesi petang n ada masa untuk bertanya khabar n bersembang sekejap (sekadar untuk mengutip pengalaman en sbg ot)...harap suatu hari nanti kita akan berjumpa...insyallah...salam keihlasan...

    ReplyDelete
  2. Saudara Asri,
    Terima kasih kerana memberi komen di sini. Insya Allah ada ruang kita boleh bersembang.

    ReplyDelete
  3. insyallah....ruang dan masa yg ada adalah milik allah...ada masa dipertemukan juga...insyallah...dunia kita tidak lah sebesar mana...insyallah en...

    ReplyDelete