Thursday, September 4, 2008

A Guide For The Young

Terima kasih kerana memberi ruang kepada Persatuan Terapi Carakerja Malaysia (OT Malaysia) untuk berkongsi pandangan dalam Bulletin DOTS KSKB. OT Malaysia adalah badan yang di tubuhkan untuk merencanakan profession OT di Malaysia dan juga menghubungkan kepada dunia luar. Organisasi ini juga mempunyai program-program yang disusun bagi memenuhi objektif dan keperluan penubuhan.

Kepada yang baru memulakan pengajian di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu ini, saya mengucapkan tahniah dan selamat menjalani proses menimba ilmu, mempelajari skil dan memperbaharui persepsi untuk tiga tahun akan datang. Kepada yang sediada, teruskan segala usaha untuk menjadikan anda individu yang berkualiti yang sentiasa ke hadapan dalam apa juga situasi.

Dalam dunia yang baru, berani, dan eletronik, setiap individu pasti menghadapi situasi dan keperluan yang tinggi untuk mempelajari skil yang baru. Sebagai pelajar, kita tidak dapat membayangkan apakah situasi sebenar alam pekerjaan nanti, kemanisan serta cabaran-cabarannya. Peluang yang diberikan kepada kita dalam masa tiga tahun ini seharusnya digunakan sepenuhnya untuk menyempurnakan diri dengan ilmu dan softskill yang akan digunakan untuk menghadapi alam pekerjaan nanti.

Tiada manusia yang sempurna…. bukan anda dan bukan juga rakan anda. Apabila kita telah hilang 'kekebalan' sebagai pelajar dan mula memasuki alam pekerjaan, kita tahu bahawa alam belajar adalah sesuatu yang sukar diganti. Oleh itu, saya menyarankan agar pelajar-pelajar semua memulakan proses 'think about thinking' iaitu memikir apa yang anda telah anda fikirkan dan jadikan ia sebagai asas dalam alam pembelajaran ini. Boleh jadi anda membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi anda, dan boleh jadi (pula) anda menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi anda.

Kegagalan dalam 'creating the right climate' menjadi cabaran di mana-mana baik dalam alam belajar maupun di alam pekerjaan. Cabaran yang hebat apabila talian komunikasi anda tidak dibuka, mengasingkan diri dan tidak meluahkan pendirian, serta mula mengharapkan orang lain memahami keperluan anda. Perkara ini sudah tentu akan menjadi sukar kerana tiada siapa boleh membaca minda individu lain.

Kemajuan individu dan profession adalah terletak sejauh mana perkongsian ilmu dapat dipraktikkan dan diterapkan ke dalam profession tersebut. Kemudahan yang ada pada masa kini seperti internet dan transmissi satellite, proses pembelajaran serta pengajaran mengalami satu dimensi baru. Semua ini memerlukan kepada kesedaran mengenai teknologi yang ada untuk digunakan bagi membantu kita mencapai hasrat dengan lebih efektif.

Sebagai pelajar, perubahan untuk menghadapi zaman yang volatile adalah sangat perlu. Sumbangan anda untuk menjawab kenyataan bahawa pelajar tidak cenderung untuk membaca, malah sindrom 'cut & paste' menjadi semakin berluasa perlu di tangani segera. Teknologi yang ada tidak dieksploitasi sepenuhnya untuk dijadikan sebagai pemudahcara belajar tetapi lebih kepada kegunaan untuk hiburan dan aktivi yang kurang berfaedah.

Ringkasnya, rebutlah peluang yang ada untuk memantapkan diri sebelum datang cabaran yang menentukan samada kita adalah pemandu, penumpang atau beban kepada organisasi yang sedang meningkat maju, Occupational Therapy.

Sekian. Terima kasih.

Making Doing Possible

MOHD HANAFIAH MOHAMAD
Presiden