Monday, March 10, 2008

Not Young Anymore

Agak sepi portal kita sejak kebelakangan ini. Ada banyak kemungkinan yang boleh diterjemahkan dari kesunyian ini. Jawapan-jawapan perlu di cari oleh pihak yang memimpin agar ia dapat di terjemahkan untuk kepentingan profession.

Saya telah meletakkan minat terhadap profession ini sejak mula mendaftar sebagai penjawat pada 1992 dan terus berkecimpung dengan persatuan dari tarikh itu sehingga sekarang tanpa ada remissionnya. Dalam tempoh tersebut banyak pengalaman yang ditimba dari segi susun atur dan percaturan profession yang amat berguna bagi mendewasakan diri untuk menghadapi cabaran dunia hadapan yang begitu volatile.

Pengalaman ini memberi saya keyakinan bahawa pengetahuan, skil dan sikap yang dibentuk dalam profession ini boleh membantu dalam penerokaan bidang ilmu yang tidak terbatas kepada pengurusan dan perawatan pesakit sahaja. Peluang-peluang untuk mendilusikan profession oleh penjawat-penjawat OT mungkin akan membawa satu kesan yang tidak selesa untuk profession jika ia tidak di awasi secara sistematik. Profession akan berkembang luas tetapi akan ketandusan asas yang kukuh dari segi praktisnya kerana ia mungkin didominasi oleh mereka yang lahir dari kaedah ini.

Banyak program-program yang dilaksanakan oleh kita setakat ini kurang efektif dan tidak nampak halatujunya. Untuk menjadikan ianya relevant dan memberi impak yang diinginkan, segala program perlulah berasaskan pengetahuan dan seharusnya dilaksanakan oleh mereka yang layak. Persoalannya siapakah yang layak di kalangan kita dari kacamata pembuat polisi? Pendapat menyatakan, profession kekurangan scholar yang begitu diperlukan untuk memantapkan kehadirannya dalam sistem pengurusan kesihatan di Malaysia. Selagi jurang ini tidak dipenuhi segala aktiviti yang dilaksana adalah sentiasa dianggap supplementary kepada sistem yang sedia ada. Ujud, adalah bonus; tiada, pun tak menjejaskan sistem delivery nya.

Kalau dilihat dari segi pencapaian beberapa figure dalam profession ini, dan juga keupayaan kita dalam melaksana sesuatu program, ia memberi satu tanggapan yang berbeza dari apa yang diperkatakan di atas. Senario-senario begini mengundang pemikir untuk merumuskan satu resolusi kecil bahawa profession ini ada ahlinya tetapi kenapa kekuatan ini tidak dapat dimaksimakan.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengeksploitasikan 'demam' analisis pilihanraya PRU12. Situasi ini perlu dilihat bagaimana kesan analisisnya boleh memberi kebaikan kepada profession dari segi strategi dan kepimpinan. Kesedaran ini adalah perlu untuk kita terus kekal relevant. Saya melihat bahawa pendokong profession ini kurang 'bersinar' baik dari pihak akademiknya mahupun pihak klinikalnya. Institusi latihan telah ujud lebih 24 tahun diperingkat kolej dan 14 tahun diperingkat universiti. Kita masih struggle dan samar arah tujunya. Kita masih tidak menjadi key stakeholders kepada profession untuk membolehkan kita menentukan destinasi. Ia! Memang banyak halangan dan cabaran tetapi setakat mana usaha kita?

Apa yang ingin diperkatakan di sini bahawa kita memerlukan perubahan. Profession kita perlu berubah. Nama persatuan perlu diubah untuk menjamin ia cater kepada keperluan semasa. Pemimpin perlu melatih pelapisnya agar kepentingan profession terjamin. Perubahan dari segi cara berfikir agar kita sentiasa fokus dan peka kepada situasi semasa. Kita memerlukan kesungguhan dalam melaksanakan Occupational Performance kita. Maklumat rambang menjelaskan bahawa OT di Malaysia kurang dan hampir tidak tahu menjelaskan apa yang mereka lakukan dan pengetahuan dari segi falsafah untuk diterjemahkan kepada praktis adalah amat kurang sekali. Barangkali ini adalah senario yang melanda profession yang lain juga!

So OTs please come forward and present your arguments. Saya perlukan pengganti.

Salam dan terima kasih.

No comments:

Post a Comment