Wednesday, May 23, 2007

Putting The Young Brain Together

Seperti yang tuan puan maklum TT Communities akan kita lancarkan pada 25 May 2007 ini. Ia akan mengumpulkan para-para cream OT yang bertindak sebagai Think Tank kepada profession. Saya ingin menjemput tuan puan untuk menyertainya kerana saya percaya golongan akademik perlu meneraju usaha seperti ini.

Seperti yang saya maklumkan dalam email ke OT Malaysia YG, TTC ini bakal menjadi peneraju ke arah melahirkan modal insan yang kompeten untuk profession. Ia akan membincangkan isu-isu secara ilmiah dan bijaksana demi untuk menjana idea-idea baru bagi kemajuan profession. Memang di akui cabarannya adalah hebat tetapi kejayaannya juga akan membawa profesion ini kepada satu tahap yang lebih tinggi.

Saya ingin memulakan perbincangan sewaktu pelancaran nanti dengan topik di bawah... ( supaya kita boleh bersedi dan terus memberi pandangan demi pandangan)

What are the critical education issues in the OT training in Malaysia? Include foundational knowledge, OT specific knowledge, and practice skills.

Topik ini amat sesuai untuk di jadikan permulaan perbincangan kerana rata-rata peratusan graduan-graduan yang keluarkan dari institusi latihan OT yang kompeten untuk menghadapi tugas dan tanggungjawab mereka sebagai Occupational Therapist telah menurun secara mendadak!. Ketidakkompetenan kini menjadi semangkin menyerlah dan menular di dalam profession sehingga ada individu-individu yang tidak kompeten ini terus kekal dalam profession dan menjadi sebahagian dari profession.

Ini sangat memberi impak kepada perkembangan profession kerana ia akan menyumbang kepada kitaran penghasilan profesion. Saya sangat berharap pelancaran TT Communities ini dapat dimulakan dengan topik di atas. Topik demi topik akan kita perkenalkan dari masa kesemasa yang berkait dengan program yang kita ada.

Emailkan kepada saya sebgai tanda persetujuan at hanafiah2u@gmail.com

Thursday, April 19, 2007

Young Again

Terima kasih kepada semua ahli yang sekali lagi memberi mandat kepada saya dan rakan eksekutif yang lain untuk meneraju persatuan ini. Bukan satu jawatan yang penuh glamor tetapi ia penuh dengan amanah yang perlu disokong dan dipantau oleh semua ahli.

Kita hanya ada 13 tahun untuk kita melaksanakan peranan dan tangungjawab untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Selepas itu kita perlu lebih berusaha untuk terus mengekalkan status negara yang dimiliki. Kalau lah di waktu ini kita rasakan cabaran adalah terlalu hebat mana mungkin kita mampu untuk berdaya saing dengan kemajuan demi kemajuan yang diharapkan oleh manusia sejagat di kemudian kelak.

Mukadimah tersebut membawa harapan agar kita semua mula dan terus mengubah cara berfikir yang selama ini kita praktikan. Rata-rata corak dan cara berfikir adalah menjadi isu semasa yang selalu di suarakan oleh pemikir dan cendekiawan kerana ia adalah titik tolak kepada kemajuan. Beri sedikit ruang untuk berfikir kenapa kita, profession dan persekitaran kita masih begini.

Kalaulah dipenggal yang lepas kita ada mengutarakan tiga perkara yang menjadi fokus iaitu :
Menguatkan pasukan peneraju profession supaya dapat menukarkan misi-misi kerajaan kepada objektif yang boleh dilaksanakan secara efektif.
Meningkatkan pemberian perkhidmatan melalui pemantapan cara perlaksanaan dengan menitik beratkan kepada Standard of Practices.
Mengurangkan pembaziran masa dan bahan-bahan rawatan dengan cara perlaksanaan aktiviti peningkatan skil-skil dan pengetahuan baru yang lebih effisen.
Apa yang boleh diperkatakan bahawa pada penggal lepas memberi beberapa analisa keseluruhan yang diperincikan seperti berikut:

Kita kekurangan peneraju untuk melaksankan segala perancangan. Ini boleh dilihat dari segi sokongan tenaga dan buah fikiran masih ditahap kritikal.
Kita kekurangan insight dari sebilangan besar ahli untuk menyedari bahawa ada cara dan peraturan untuk melaksanakan sesuatu. Ini merujuk kepada pengetahuan mengenai peranan persatuan dan jawatankuasa kerja yang tidak difahami menjadikan kita kurang mahir menggunakan saluran ini.
Kesibukan waktu dari kalangan semua mengujudkan sifat meletakkan tanggungjawab kepada orang lain menjadikan ramai menpunyai DESIRE tanpa ada WILL.
Kebanyakan ahli tidak selesa untuk berdiskusi berkaitan dengan profession kerana ada jurang dan cara berfikir yang terkonkong.
Menyedari akan hal-hal ini, persatuan akan memberi tumpuan kepada kekuatan dan penyaluran ilmu demi kebaikan dan kematangan ahli. Kita ingin ahli-ahli diutamakan dalam program-progran berikut:
Program pendidikan dan kajian.
Program piawai dan kualiti.
Program promosi dan kemajuan yang berlandaskan penglibatan ahli-ahli.
Program teknologi maklumat dan komunikasi.
Adalah menjadi harapan agar semua ahli berdiri dan melaksanakan perubahan paradigma untuk melaksanakan lonjakan berganda yang akan membawa profession ini ke satu tahap yang tinggi dari sekarang. Mari kita mulakan dengan menyediakan satu bluprint tentang penghujung profession ini dan kita bekerja ke arah semasa. Bagaimana dan dimana untuk mulakan adalah tidak berapa utama tetapi yang penting kita telah memulakannya.

OT MALAYSIA - Perform Well Live Well

Friday, March 23, 2007

The Young Explanation

Ada sedikit pembetulan dari kenyataan Saudara Zul, "MOTA telah MENOLAK cadangan KKM utk menggunakan kaedah bersepadu...." KKM tidak membuat cadangan tetapi adalah menjelaskan isu-isu semasa berkaitan dengan sistem bersepadu.

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan OT semua. Perkara ini di bawa kembali kerana untuk menjelaskan kepada semua bahawa Persatuan telah membuat penjelasan kenapa OT tidak memilih skim bersepadu dan memilih untuk ujud dalam sistem two-tier yang berikut:

1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2006: PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN JURUPULIH PERUBATAN - untuk penjawat berkelulusan Diploma yang mana grednya U29, U32, U36, U38 dan U40.
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Jurupulih Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005 di Lampiran D Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 adalah dibatalkan dan digantikan dengan skim perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini. Semua pelantikan mulai 1 Julai 2006 hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baru. Perubahan skim perkhidmatan ini tidak melibatkan penyandang sedia ada.

2. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2003: SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN - untuk penjawat berkelulusan Ijazah yang mana grednya U41, U44 U48, U52 dan U54

Dengan kedua-dua pekeliling ini profession pemulihan carakerja dikatakan berada dalam sistem two-tier, yang digunakan sekarang. Soal untuk kembali membincangkan berkenaan dengan skim bersepadu adalah tidak relevan lagi kerana kerajaan telah membuat keputusan bahawa SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN adalah sebagai skim yang dikongsi oleh Speech, PT and OT.

Untuk kembali kepada skim bersepadu adalah seperti berpatah balik ke belakang. Penilaian rapi telah di buat bahawa profession Speech, OT dan PT adalah berbeza dengan profession JuruXray, Jururawat, PPKP, dan Pembantu Perubatan. Oleh kerana skop kerja yang berbeza, ia melayakkan tiga profession ini bergelar Pegawai.

Sementara profesion yang di letakkan di bawah Skim Bersepadu masih mengekalkan nama jawatan mereka sebagai JuruXray, Jururawat, PPKP dan Pembantu Perubatan walaupun gred mereka di naikkan ke U41 dan ke atas.

Untuk menjelaskan lagi kenapa dari awal kita tidak memilih bersepadu atas dasar berikut:
1. Profesional Status - tiada dalam skim bersepadu kerana nama jawatan masih kekal segagai Juru...
2. Skim PnP adalah skim profesional yang diiktiraf kerana tidak membenarkan kelayakan diploma di lantik secara KPSL. Ini adalah kriteria penting dalam menentukan status sesatu profesion.
3. Skim-skim yang membenarkan KPSL selain dari pemegang ijazah mungkin akan mengalami kesukaran dimasa hadapan bila status profesional di review semula. Hanya skim yang 100% ijazah layak bergelar profesional.
4. Perjalanan masih jauh.... perlu permulaan yang baik. Skim 100% ijazah untuk OT adalah permulaan yang baik.

Jangan mudah terpedaya dengan nikmat yang sedikit yang di offer oleh skim bersepadu. Kerana dengan nikmat yang sedikit itu kita akan mengorbankan status profesional OT buat selama-lamanya.

Ambil iktibar dari Skim Pengajar di KSKB yang menggabungkan semua AHP (Juruxray, jururawat, pembantu perubatan, pembantu farmasi, PPKP) dalam satu rumpun dan membenarkan KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) tanpa ijazah sudah cukup malang bagi profession OT dan juga PT. Adakah kita bertanya kenapa jawatan masih menggunakan nama Pengajar? tak layak ke bergelar Pensyarah? kenapa? Jawapannya kerana OT/ PT bergabung dengan profession lain yang mengamalkan skim bersepadu. Jadi kena ikut mereka lah.... Lebih malang kalau KSKB di upgrade ke Universiti tapi masih memakai nama Pengajar.. Who want to shoulder the blame?

Ada banyak yang pahit untuk diperkatakan tentang profession ini di masa lampau... tapi segalanya menjadi sejarah. Kini KITA MAMPU MENGUBAHNYA.

Nasihat saya, bacalah kedua skim tersebut pasti kita rasa ada jawapannya. Anyway. penjelasan persatuan ini telah pun disampaikan kepada Jawatankuasa Teknikal yang mana badan tersebut secara majoritinya bersetuju dengan penjelasan ini.

Ini penjelasan saya dan juga carilah rakan-rakan kita untuk meneraju profession ini dan pilih lah antara mereka yang ada vision dan mencipta mission untuk mencapai objektif-objektif yang banyak tak tertulis.....