Thursday, April 19, 2007

Young Again

Terima kasih kepada semua ahli yang sekali lagi memberi mandat kepada saya dan rakan eksekutif yang lain untuk meneraju persatuan ini. Bukan satu jawatan yang penuh glamor tetapi ia penuh dengan amanah yang perlu disokong dan dipantau oleh semua ahli.

Kita hanya ada 13 tahun untuk kita melaksanakan peranan dan tangungjawab untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. Selepas itu kita perlu lebih berusaha untuk terus mengekalkan status negara yang dimiliki. Kalau lah di waktu ini kita rasakan cabaran adalah terlalu hebat mana mungkin kita mampu untuk berdaya saing dengan kemajuan demi kemajuan yang diharapkan oleh manusia sejagat di kemudian kelak.

Mukadimah tersebut membawa harapan agar kita semua mula dan terus mengubah cara berfikir yang selama ini kita praktikan. Rata-rata corak dan cara berfikir adalah menjadi isu semasa yang selalu di suarakan oleh pemikir dan cendekiawan kerana ia adalah titik tolak kepada kemajuan. Beri sedikit ruang untuk berfikir kenapa kita, profession dan persekitaran kita masih begini.

Kalaulah dipenggal yang lepas kita ada mengutarakan tiga perkara yang menjadi fokus iaitu :
Menguatkan pasukan peneraju profession supaya dapat menukarkan misi-misi kerajaan kepada objektif yang boleh dilaksanakan secara efektif.
Meningkatkan pemberian perkhidmatan melalui pemantapan cara perlaksanaan dengan menitik beratkan kepada Standard of Practices.
Mengurangkan pembaziran masa dan bahan-bahan rawatan dengan cara perlaksanaan aktiviti peningkatan skil-skil dan pengetahuan baru yang lebih effisen.
Apa yang boleh diperkatakan bahawa pada penggal lepas memberi beberapa analisa keseluruhan yang diperincikan seperti berikut:

Kita kekurangan peneraju untuk melaksankan segala perancangan. Ini boleh dilihat dari segi sokongan tenaga dan buah fikiran masih ditahap kritikal.
Kita kekurangan insight dari sebilangan besar ahli untuk menyedari bahawa ada cara dan peraturan untuk melaksanakan sesuatu. Ini merujuk kepada pengetahuan mengenai peranan persatuan dan jawatankuasa kerja yang tidak difahami menjadikan kita kurang mahir menggunakan saluran ini.
Kesibukan waktu dari kalangan semua mengujudkan sifat meletakkan tanggungjawab kepada orang lain menjadikan ramai menpunyai DESIRE tanpa ada WILL.
Kebanyakan ahli tidak selesa untuk berdiskusi berkaitan dengan profession kerana ada jurang dan cara berfikir yang terkonkong.
Menyedari akan hal-hal ini, persatuan akan memberi tumpuan kepada kekuatan dan penyaluran ilmu demi kebaikan dan kematangan ahli. Kita ingin ahli-ahli diutamakan dalam program-progran berikut:
Program pendidikan dan kajian.
Program piawai dan kualiti.
Program promosi dan kemajuan yang berlandaskan penglibatan ahli-ahli.
Program teknologi maklumat dan komunikasi.
Adalah menjadi harapan agar semua ahli berdiri dan melaksanakan perubahan paradigma untuk melaksanakan lonjakan berganda yang akan membawa profession ini ke satu tahap yang tinggi dari sekarang. Mari kita mulakan dengan menyediakan satu bluprint tentang penghujung profession ini dan kita bekerja ke arah semasa. Bagaimana dan dimana untuk mulakan adalah tidak berapa utama tetapi yang penting kita telah memulakannya.

OT MALAYSIA - Perform Well Live Well

Friday, March 23, 2007

The Young Explanation

Ada sedikit pembetulan dari kenyataan Saudara Zul, "MOTA telah MENOLAK cadangan KKM utk menggunakan kaedah bersepadu...." KKM tidak membuat cadangan tetapi adalah menjelaskan isu-isu semasa berkaitan dengan sistem bersepadu.

Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan OT semua. Perkara ini di bawa kembali kerana untuk menjelaskan kepada semua bahawa Persatuan telah membuat penjelasan kenapa OT tidak memilih skim bersepadu dan memilih untuk ujud dalam sistem two-tier yang berikut:

1. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2006: PERUBAHAN SKIM PERKHIDMATAN JURUPULIH PERUBATAN - untuk penjawat berkelulusan Diploma yang mana grednya U29, U32, U36, U38 dan U40.
Dengan berkuatkuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, maka skim perkhidmatan Jurupulih Perubatan yang berkuat kuasa pada 1 Januari 2005 di Lampiran D Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2005 adalah dibatalkan dan digantikan dengan skim perkhidmatan dalam pekeliling perkhidmatan ini. Semua pelantikan mulai 1 Julai 2006 hendaklah menggunakan skim perkhidmatan yang baru. Perubahan skim perkhidmatan ini tidak melibatkan penyandang sedia ada.

2. PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2003: SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN - untuk penjawat berkelulusan Ijazah yang mana grednya U41, U44 U48, U52 dan U54

Dengan kedua-dua pekeliling ini profession pemulihan carakerja dikatakan berada dalam sistem two-tier, yang digunakan sekarang. Soal untuk kembali membincangkan berkenaan dengan skim bersepadu adalah tidak relevan lagi kerana kerajaan telah membuat keputusan bahawa SKIM PERKHIDMATAN PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN adalah sebagai skim yang dikongsi oleh Speech, PT and OT.

Untuk kembali kepada skim bersepadu adalah seperti berpatah balik ke belakang. Penilaian rapi telah di buat bahawa profession Speech, OT dan PT adalah berbeza dengan profession JuruXray, Jururawat, PPKP, dan Pembantu Perubatan. Oleh kerana skop kerja yang berbeza, ia melayakkan tiga profession ini bergelar Pegawai.

Sementara profesion yang di letakkan di bawah Skim Bersepadu masih mengekalkan nama jawatan mereka sebagai JuruXray, Jururawat, PPKP dan Pembantu Perubatan walaupun gred mereka di naikkan ke U41 dan ke atas.

Untuk menjelaskan lagi kenapa dari awal kita tidak memilih bersepadu atas dasar berikut:
1. Profesional Status - tiada dalam skim bersepadu kerana nama jawatan masih kekal segagai Juru...
2. Skim PnP adalah skim profesional yang diiktiraf kerana tidak membenarkan kelayakan diploma di lantik secara KPSL. Ini adalah kriteria penting dalam menentukan status sesatu profesion.
3. Skim-skim yang membenarkan KPSL selain dari pemegang ijazah mungkin akan mengalami kesukaran dimasa hadapan bila status profesional di review semula. Hanya skim yang 100% ijazah layak bergelar profesional.
4. Perjalanan masih jauh.... perlu permulaan yang baik. Skim 100% ijazah untuk OT adalah permulaan yang baik.

Jangan mudah terpedaya dengan nikmat yang sedikit yang di offer oleh skim bersepadu. Kerana dengan nikmat yang sedikit itu kita akan mengorbankan status profesional OT buat selama-lamanya.

Ambil iktibar dari Skim Pengajar di KSKB yang menggabungkan semua AHP (Juruxray, jururawat, pembantu perubatan, pembantu farmasi, PPKP) dalam satu rumpun dan membenarkan KPSL (Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) tanpa ijazah sudah cukup malang bagi profession OT dan juga PT. Adakah kita bertanya kenapa jawatan masih menggunakan nama Pengajar? tak layak ke bergelar Pensyarah? kenapa? Jawapannya kerana OT/ PT bergabung dengan profession lain yang mengamalkan skim bersepadu. Jadi kena ikut mereka lah.... Lebih malang kalau KSKB di upgrade ke Universiti tapi masih memakai nama Pengajar.. Who want to shoulder the blame?

Ada banyak yang pahit untuk diperkatakan tentang profession ini di masa lampau... tapi segalanya menjadi sejarah. Kini KITA MAMPU MENGUBAHNYA.

Nasihat saya, bacalah kedua skim tersebut pasti kita rasa ada jawapannya. Anyway. penjelasan persatuan ini telah pun disampaikan kepada Jawatankuasa Teknikal yang mana badan tersebut secara majoritinya bersetuju dengan penjelasan ini.

Ini penjelasan saya dan juga carilah rakan-rakan kita untuk meneraju profession ini dan pilih lah antara mereka yang ada vision dan mencipta mission untuk mencapai objektif-objektif yang banyak tak tertulis.....

Monday, April 3, 2006

The Young Community

Due to the complex nature of occupational therapy, we can always argue that we are all engage in OT activities in one way or another. But the real issue in my opinion is not so much whether we are practicing OT or not, but rather how good we are at it.

The same can be said about communities of practice. Communities of practice are everywhere. They are in school and universities, in work and at home, in hospital and so on. Again the issue is not whether we belong to CoP or not, but on whether we are aware of their importance and the benefits they bring to the organisation.

CoP are about people. They normally develop around thing that matter to them. It is the realization of the importance of what they are doing that distinguishes one community from the others. In the case of the BEST CoP,it is a CoP for MOTA. We hope, it will translate into an organisational asset that can help shape the future of the profession as a whole. It belongs to all members. We request for crediantial mainly for organisational purposes. Best CoP is designed with differences. We already have huge portal to discuss openly around most subjects to cater for the current requirements.

Best CoP is going to be knowledge based driven activities. We improve and deepen our knowledge and expertise in OT by interacting on an ongoing basis.CoP is the best way to share knowledge and allowed the better transfer of tacit knowlwdge.
We have many experts within our community. Many types, latent experts, up and coming experts, expert syndrome and many more. What benefit that profession gain by having these people around ? Not very much I reckon if they are all venture individually. If we continue this trend the profession will suffer. We will be passing the struggle from generation to generation. This is what happening now. There is no different of struggle made by previous people compare to what we are facing now. I perceive the struggle will continue and continue till no end. CoP, the return what we invest is not immediate. It creates value for its individual members in many ways.....

I do hope more OTs coming forward to support. Let's do brilliant rock-busting. Start to re program our nervous system, reprogramming the way we think by changing our choice of words. We will get immediate noticeable different result.

Let's do while still have time.

Saturday, April 1, 2006

The Young Thinker

MOTA would like to thank all moderators and contributors of the OT-MALAYSIA.ORG forum for their contribution. These activities certainly make our profession known and moves extra miles ahead. Please continue to pump in more materials and encourage participants from people around us.

In addition to this successful FORUM activities, MOTA has introduced another forum called "MOTA Thinker Group" . The objective of this forum is to gain input and act an avenue for exchange of explicit and tacit knowledge among OTs. Apart from that, it is indeed a recognition for the members to be in this group. MOTA hopes that this recognition will take members extra miles in persuing personal & profesion development.

This forum exclusively for OTs who like to share their knowledge, skill and practice toward the FUTURE development of the profesion. This is closed group, you have to be the member of ELITE GROUP in order to join this forum. Email your CV to MOTA for selection.

Let's start doing thing differently while still have time.

Friday, March 24, 2006

Another Young Milestone

Today, 24 Mar 2006 is a significant day as MOTA organised an important meeting between AOS-MOTA with the presence of WFOT VP Finance.

Meeting was held at KL International with online conference with WFOT headquarter in Australia.

A long standing issue on KLWFOT relocation from Kuala Lumpur Australia was finally resolved.

Wednesday, March 15, 2006

The Young Figures

This www.ot-malaysia.org has received 58644 pages views since 22.10.2005, 539 today, and 726 yesterday.The day on which there was the most traffic so far was Sunday, March12, 2006 (1357 page views), while Thursday, October 20, 2005 (24 page views) was the day with the fewest hits.
Most people visit on Wednesday, with a total of 11025 page views,while Sunday is the day with the fewest visits, with a total of views. On average, the busiest hour (with 4642 page views) starts at 8 :00, The hour during which traffic has been lightest starts at 6 :00, (with only 1024 page views).
Satu pencapaian yang patut dibanggakan tetapi sekadar ... yang menyumbang adalah sangat diharapkan.

Sunday, January 1, 2006

The Young Year 2006

Dear my fellow Collegues,

Thank you for being passionate to OT profession. All may realize 'goodbye 2005 and welcome 2006' is actually a gaining year of age for our profession. We have only 15 years to plan and execute strategies before the government declare Malaysia as one of the developed nation in year 2020. Within these remaining years, we must strive together to consolidate the profession towards more reputable.

We have ample opportunity to raised service delivery. We need to boost productivity by redesigning ourselves. We need to dispel inertia and complacency to rejuvenate Occupational Therapists. We need to face real challenges and redesign new ways for effectiveness! First, we need to strengthen our Top Team - who are they?

We need all HODs to work together to turn the government Mission of Health into a set of operational objectives and make it more efficient. Sharing knowledge is a key point!
Second, the profession needs to improve the provision of services. In this area, Standard of Practice (SOP) has to be aligned with the current points of service delivery.

Third, new skills have to be built, to help current OTs to learn new ones. We need continuous improvement to reduced wasted time and materials during provision of Occupational Therapy. With these three strategies...

I would like to wish all Happy New Year 2006. May all always in the realm of God whether for destiny and/or dignity!

Thursday, December 8, 2005

Visit To The Young

The Malaysian Occupational Therapists Association would like to extend a gratitude to The World Federation of Occupational Therapists for the recent visit of the President and Hon. Secretary to Malaysia.

Malaysia has benefited very much of this visit through various programs which have been carried out while they were here. We took the opportunity to arrange meeting with prominent figures within ministryof health and education. We also please to have Mr Stephen Hoey, OT Australia with them to run a day and a half workplace rehabilitation seminar which attract not only occupational therapists but also personnel from industry and safety organisation. We are proud to inform you that through this continuous program and persistence support that MOTA have, the profession is gaining recognition locally and internationally.We are looking forward to having continuous corporation between WFOT and MOTA in many areas of development in the future.

Wednesday, November 16, 2005

The Young Workplace

Workplace Rehabilitation Seminar 3 & 4 Disember 2005.

KSKB dan MOTA telah menghantar surat pemberitahuan secara berperingkat mengenai seminar di atas. Hospital dan IPTA bermula pada hari ini. (Fax juga telah dihantar pada 15 Nov). Institusi lain akan turut dihantar secara berperingkat. Sila maklumkan sekiranya anda tidak mendapat surat. Ada sedikit pembetulan dari segi program dan juga no telefon untuk dihubungi. (En Saidin 019 3795013).

Walau bagaimanapun, Risalah dan borang pendaftaran ini juga boleh di muaturun di laman web OT di www.ot-malaysia.org . Di sebabkan kekurangan masa ada beberapa kekangan yang tidak menyempurnakan pengelolaan seminar ini. Walaubagaimana pun kami berusaha untuk menjadikan seminar ini sasuatu sesi yang penuh bermakna untuk perkembangan profesion OT.

Saya berharap maklumat ini di panjangkan kepada semua OT dan individu lain yang berminat. Segala maklumat ada di laman web, hanya arahkan mereka untuk melayarinya. Seminar ini berpeluang peserta untuk mendapat sijil penyertaan dari Secretary World Federation of OT dan saya rasa ianya mempunyai nilai tambah disamping pengetahuan dan Skill yang akan kita timba.

Tempatnya terhad dan di harap OT menyertainya dengan kadar segera. Penceramah menjanjikan peserta akan kembali dengan skill yang boleh dipratikkan selepas seminar ini nanti.

You can't afford to miss this seminar out.

Tuesday, October 25, 2005

The Young Site

Sebagai langkah untuk membudayakan ICT di kalangan kita OT, MOTA kini mengorak langkah ke OpenSource application dalam pengendalian websitenya.Anda dijemput untuk melayarinya di http://www.ot-malaysia.org/seperti biasa dan daftarkan nama anda di sana. Melalui pendaftaran disini, MOTA akan mengemaskinikan senarai OT seluruh Malaysia dan jugasenarai keahlian MOTA.

MOTA akan cuba untuk lebih fokus dalam memberi perkhidmatanpenyaluran maklumat melalui kaedah ini.Banyak kelebihan applikasi web ini... dari segi-Forum- Membuat review journal, book etc dan hantar terus ke website- members boleh hantar news terus ke muka depan (homepage).- Senarai keahlian- ad hoc corner (spt paging online)- dan macam2 ada yang boleh di tambah dari masa ke semasa.

Sebagai menyahut pelbagai permintan dalam AGM yang lepas.. MOTAmengharapkan minat timbul dari kalangan OT untuk menjadi moderator kepada mana-mana topik yang diminati (yg kita akan ujud di ruang forum). Ini adalah langkah pertama ke arah specialization. Sebarang pandangan sila salurkan dalam ruang feedback atau terus kepada En Adnan (Website Information Coordinator) atau kepada saya. So feel free to register and explore the web (belum complete sepenuhnya).